Pelawat

Selasa, 20 Ogos 2013

Simpanan Emas: Keperluan atau kemahuan

sumber dari group Pengedar GCP Seluruh Malaysia untuk terbitan sinar harian rabu 21 ogos 2013

Khamis, 28 Mac 2013

How its made - gold chain


Kita tahu pakai tapi tak pernah tahu bagaimana ia dibuat mari kita saksikan

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat datang dealer Ad3809 En. Rizlan dari Penang

Kepada warga penang beliau boleh dihubungi di nombor 0194718012

s

Selasa, 14 Februari 2012

Promosi jadi Dealer GCP Sempena Ulang Tahun ke 3... Jangan lepaskan peluang keemasan anda...


Ini merupakan tawaran terbaik dari GCP.. jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi dealer. modal sebelum ini RM11,000.00 . Cara pendaftaran boleh rujuk di link http://dinar24k.blogspot.com/2012/01/pemberitahuan-syarat-jadi-dealer-gcp.html 
Masukkan introduce anda ad1281 (shahrani bin mamad) 017-8787381


Jumaat, 6 Januari 2012

Pemberitahuan syarat jadi Dealer GCP

Assalamualaikum... dan Salam sejahtera... Setiap kompeni meletakkan syarat yang berbeza untuk menjadi dealer. Ada yang mensyaratkan mempunyai syarikat ada yang tidak.. Modal juga berbeza... walaubagaimanapun saya masih setia dengan GCP kerana rasa selesa, selamat dan boleh dipercayai serta tidak perlu terkejar mendapat produk kerana penghantaran produk ke dealer di jamin dan akan di ganti jika terbukti hilang (khas untuk dealer sahaja bukan hantar ke pelanggan). Dan waktu mendapat barang kurnag dari seminggu (rekod saya 2 hari dah terima).

Dalam masa yang sama order GCP kini semakin baik dengan tempahan 24jam dengan 2 kali perubahan harga iaitu 10 pagi dan 5 petang (waktu bekerja). Produk juga semakin pelbagai dengan pengenalan barang kemas 916 dan goldbar 1g mampu milik bagi menggalakkan penyimpanan emas pada semua peringkat

Baiklah di sini saya sertakan syarat baru GCP.

Mulai 1 Januari 2012 modal untuk menjadi dealer adalah RM11,000. Dari 11k, Rm1000 yuran pengurusan (termasuk kos penghantaran emas seumur hidup) dan RM10,000 merupakan kombinasi produk emas GCP pada harga terkini dealer (bakal dealer boleh pilih jika nak barang kemas sahaja ).

Untuk daftar jadi dealer. Bakal-bakal dealer perlulah melayari http://www.gcp.com.my/ klik register dan masukkan introducer iaitu saya ad1281 pastikan nama yang terpampang nanti ialah shahrani bin mamad. Isikan maklumat yang di kehendaki dan submit.

Selepas itu sediakan gambar, salinan ic, bukti pembayaran (call saya untuk mendapatkan no akaun GCP - 0178787381) dan bil yang menunjukkan alamat tetap dalam bentuk softcopy dan emailkan ke admin@gcp.com.my (untuk mempercepatkan proses).

Maklumkan kepada saya jika telah melakukan proses ini bagi memudahkan saya buat follow up dengan admin.

Harga kini berada dalam situasi masih rendah jadi terpulang kepada anda untuk mengambil kesempatan ini...

Selasa, 20 Disember 2011

PRODUK BARU - GOLD BAR MAMPU MILIK 999.9 1g GCP

Dapatkan goldbar mampu milik untuk simpanan anda setiap bulan. Boleh order mulai minggu depan..



 

Selasa, 15 November 2011

myMetro | Elak tertipu beli emas

myMetro | Elak tertipu beli emas

Elak tertipu beli emas

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.


Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.


Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.


Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.


Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.


Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.


Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.


Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.


Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.


Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.


Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.


Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.


Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.


Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.


Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.


Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.


Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.


Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.


Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.


Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.


Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.


Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.


Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.


Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.


Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.


Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.


PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru

Selasa, 2 Ogos 2011

Prestasi harga emas diunjur terus melonjak

Prestasi harga emas diunjur terus melonjakOleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02
Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014. Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu. Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.

Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.

Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.

Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.

Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.

Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.

“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.

“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.

Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.



Ucapan Bekas Presiden BSKL Dato Salleh Majid mengenai Emas